Polis Masih Tunggu Laporan Kes Kemalangan Maut Di Johor

Polis Masih Tunggu Laporan Kes Kemalangan Maut Di Johor - Hallo sahabat TIMES ON JIRAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Masih Tunggu Laporan Kes Kemalangan Maut Di Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel hot news, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Masih Tunggu Laporan Kes Kemalangan Maut Di Johor
link : Polis Masih Tunggu Laporan Kes Kemalangan Maut Di Johor

Baca juga


Polis Masih Tunggu Laporan Kes Kemalangan Maut Di Johor

Spread the love

KUALA LUMPUR – Polis masih menunggu laporan antaranya daripada Jabatan Kimia dan laporan bedah siasat mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan maut di Jalan Lingkaran Dalam, di Johor Bahru, selain rekod perubatan mangsa yang cedera.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mahamad Akhir Darus berkata pihak yang terbabit dalam membuat laporan berkenaan perlu mengambil masa kerana ia harus dilakukan dengan teliti, apatah lagi kes kemalangan itu melibatkan mangsa yang ramai.

Sejurus laporan diterima, polis akan melengkapkan siasatan dan menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara dengan kadar segera.

“Polis menjalankan siasatan dengan telus dan teliti serta tidak dipengaruhi mana-mana pihak, beri kami masa dan ruang lakukan siasatan,” katanya pada sidang media hari ini.

Mahamad Akhir turut menafikan dakwaan bahawa pihaknya sengaja melengahkan siasatan berhubung kes kemalangan itu yang mengakibatkan lapan remaja berbasikal maut manakala dua kritikal dan enam yang lain cedera selepas dirempuh sebuah kereta dipandu seorang wanita dalam kejadian kira-kira 3 pagi, 18 Feb lepas

Pemandu wanita berusi 22 itu dibebaskan dengan jaminan polis sehari selepas kejadian.

Mahamad Akhir menasihatkan orang ramai tidak membincangkan isu berkenaan dengan membuat andaian serta memberi pandangan dan ulasan di media cetak atau elektronik.

Tindakan berkenaan akan mengganggu siasatan polis dan mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang antaranya mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 (Akta 588), katanya.

“Pelbagai andaian diberikan terhadap kes ini terutama di media sosial dan saya harap rakyat Malaysia hormati undang-undang,” katanya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mM6kiB

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Polis Masih Tunggu Laporan Kes Kemalangan Maut Di Johor

Sekianlah artikel Polis Masih Tunggu Laporan Kes Kemalangan Maut Di Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Masih Tunggu Laporan Kes Kemalangan Maut Di Johor dengan alamat link https://timesonjiran.blogspot.com/2017/03/polis-masih-tunggu-laporan-kes.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis Masih Tunggu Laporan Kes Kemalangan Maut Di Johor"

Post a Comment