Pelancong Korea Cedera ‘Diserang’ Kera Liar

Pelancong Korea Cedera ‘Diserang’ Kera Liar - Hallo sahabat TIMES ON JIRAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelancong Korea Cedera ‘Diserang’ Kera Liar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel hot news, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelancong Korea Cedera ‘Diserang’ Kera Liar
link : Pelancong Korea Cedera ‘Diserang’ Kera Liar

Baca juga


Pelancong Korea Cedera ‘Diserang’ Kera Liar


KUANTAN – Seorang pelancong lelaki Korea Selatan cedera ringan selepas ‘diserang’ sekumpulan kera liar di Pantai Teluk Cempedak di sini, hari ini.

Serangan itu berlaku ketika Pyoeng Seok, 69, bersiar-siar seorang diri pada kira-kira 11 pagi di pusat peranginan itu, kata Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusoff.

Mangsa yang dikatakan sedang berjalan menuju ke Teluk Tongkang bersebelahan Teluk Cempedak, terkejut bila melihat sekumpulan kera liar ‘sedang mengekorinya’.


Melihat gerak laku haiwan itu seolah-olah akan menyerangnya, mangsa lantas melarikan diri.

Namun mangsa terjatuh di celah-celah batu menyebabkan dia cedera di kepala dan calar di tangan, kata Zainal semasa dihubungi di sini.

Katanya, APM dimaklumkan tentang kejadian pada pukul 11.13 pagi dan lima anggota serta sebuah ambulan dikejarkan ke tempat kejadian.

Mangsa diberikan rawatan kecemasan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta di sini untuk pemeriksaan lanjut, tambahnya. – BERNAMA


Demikianlah Artikel Pelancong Korea Cedera ‘Diserang’ Kera Liar

Sekianlah artikel Pelancong Korea Cedera ‘Diserang’ Kera Liar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelancong Korea Cedera ‘Diserang’ Kera Liar dengan alamat link https://timesonjiran.blogspot.com/2017/03/pelancong-korea-cedera-diserang-kera.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pelancong Korea Cedera ‘Diserang’ Kera Liar"

Post a Comment