Malaysia Kutuk Pelancaran Peluru Berpandu Korea Utara – Kementerian Luar

Malaysia Kutuk Pelancaran Peluru Berpandu Korea Utara – Kementerian Luar - Hallo sahabat TIMES ON JIRAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia Kutuk Pelancaran Peluru Berpandu Korea Utara – Kementerian Luar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel hot news, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia Kutuk Pelancaran Peluru Berpandu Korea Utara – Kementerian Luar
link : Malaysia Kutuk Pelancaran Peluru Berpandu Korea Utara – Kementerian Luar

Baca juga


Malaysia Kutuk Pelancaran Peluru Berpandu Korea Utara – Kementerian Luar

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini mengutuk pelancaran empat peluru berpandu balistik Korea Utara dan mendesak negara itu menghentikan segera tindakan itu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata tindakan itu mencetuskan ketegangan serantau dan sekali lagi melambangkan sikap tidak ambil peduli DPRK terhadap keamanan dan keselamatan di Semenanjung Korea, rantau ini dan dunia secara amnya.

“Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) terbukti menolak gesaan masyarakat antarabangsa supaya menghentikan pelancaran peluru berpandu,” katanya.

Pelancaran peluru berpandu tersebut merupakan pencabulan jelas terhadap resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan dan menjejas peraturan pelucutan dan ketakcambahan senjata nuklear.

Malaysia menggesa DPRK menghentikan pelancaran semua peluru berpandu balistik, dan lebih penting lagi, mematuhi sepenuhnya resolusi-resolusi Majlis Keselamatan PBB berhubung DPRK.

Awal hari ini, Korea Utara melancarkan empat peluru berpandu dari pantai baratnya ke arah Laut Jepun.

Menurut kerajaan Jepun, peluru itu meluncur sejauh kira-kira 1,000km, dengan tiga daripadanya jatuh dalam zon ekonomi eksklusif Jepun.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lOIi1u

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Malaysia Kutuk Pelancaran Peluru Berpandu Korea Utara – Kementerian Luar

Sekianlah artikel Malaysia Kutuk Pelancaran Peluru Berpandu Korea Utara – Kementerian Luar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia Kutuk Pelancaran Peluru Berpandu Korea Utara – Kementerian Luar dengan alamat link https://timesonjiran.blogspot.com/2017/03/malaysia-kutuk-pelancaran-peluru_6.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Malaysia Kutuk Pelancaran Peluru Berpandu Korea Utara – Kementerian Luar"

Post a Comment